Sejarah kumpulan Rock Malaysia bermula secara meluas pada akhir tahun 1980-an. Ini adalah bahang dari budaya muzik rock barat yang mendorong kemunculan kumpulan rock tempatan. Kemunculan kumpulan rock tempatan menjadi semakin galak berkembang dengan terdapatnya pertandingan peringkat kebangsaan seperti Juara Rock, Festival Rock dan Battle Of The Bands 1 & 2.Penampilan kumpulan-kumpulan rock yang berambut panjang mencetuskan bantahan daripada masyarakat umum dan mendorong kepada pihak kerajaan menghadkan penampilan imej yang dianggap tidak sesuai daripada saluran media kerajaan bermula pada tahun 1988. Langkah ini termasuk tidak membenarkan kumpulan yang berpakaian tidak rapi atau berambut panjang ditonjolkan dalam media kerajaan seperti Radio & TV RTM, kecuali sekiranya mereka bersedia memotong rambut dan berpakaian kemas. Langkah ini dikenali sebagai digam RTM oleh masyarakat umum.Bagaimanapun, saluran media swasta tidak dihalang daripada menyiarkan dengan kumpulan muzik ini. Ini adalah kerana kerajaan berpendapat, media kerajaan tidak seharusnya terbabit atau digunakan bagi menggalak unsur-unsur negetif. Sehubung dengan itu, media swasta seperti TV 3 menjadi saluran utama bagi pemuzik rock untuk mengasah bakat. Sebagai contoh kumpulan seperti Search, MAY dan Mega muncul di peringkat akhir Juara Lagu anjuran TV3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan